Tuesday, January 13, 2015

CELIK#1 : POLITIK IDEAL TAPI REALISTIK


Bismillahirahmanirrahim..

Assalamualaikum wbt,..

InsyaAllah untuk perkongsian kali ini : Politik Ideal Tapi Realistik

Ramai pasti tertanya-tanya apakah yang bakal saya coretkan pada post kali ini kerana tajuknya juga pasti boleh menimbulkan banyak persoalan.

Mencoret kata-kata Presiden AZAM RUSSIA, saudara Muhammad Ilham Bin Muntari, kearah membina mahasiswa aspirasi negara, kecelikan politik adalah satu pembinaan kefahaman akan sistem politik yang ideal yang berteraskan prinsip (principle-centered), menyemai idealisma urus tadbir yang baik (good-governance), dan menanam rasa cinta untuk membantu negara.

Dan jelaslah tujuan saya untuk menanam kecelikan politik bersama tanpa sebarang affiliasi dengan mana-mana pihak.

Maka, pada yang meminati politik, saya alu-alukan komentar dengan penuh kesopanan, dan pada yang tidak minat pada politik, bertahanlah untuk membaca hingga ke akhirnya. ;))

APAKAH ITU POLITIK?

Satu soalan yang nampaknya begitu mudah tetapi mungkin tak semua antara kita mampu jawab.

"Politik adalah kerajaan lawan pembangkang"

"Politik adalah siapakah yang paling lantang bersuara di Parlimen"

Jawapan mahasiswa yang lebih menyedihkan:

"Politik adalah Dato' Seri Anwar Ibrahim melawan Dato Seri Najib Tun Razak"

Dalam suasana ingin tahu dan ingin membina kecelikan akal, mari sama-sama kita menyelami makna apakah politik itu sebenarnya.

Menurut laman web Wikipedia;

"Politik adalah proses dan cara membuat keputusan untuk sesuatu kumpulan. Walaupun ia biasanya digunakan bagi merujuk kepada kerajaan, tingkah laku politik juga boleh didapati di korporat, akademik, agama, dan institusi lain."

Menurut ahli filosofi terkenal, Aristotle :

"Politics is defined as a "practical science" because it deals with making citizens happy."

Bluntschli also mention that;

“Political Science is the science which is concerned with the State, which endeavours to understand and comprehend the State in its fundamental conditions, in its essential nature, its various forms of manifestations, its development”.

Maka jelaslah definisi sebenar politik itu tentang satu kumpulan manusia atau pemimpin yang bertanggungjawab terhadap pimpinan nya dalam segala aspek.

Allah juga ada berfirman dalam Surah Al-Maidah ayat 49;

"Dan hendaklah engkau menjalankan hukum di antara mereka dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah dan janganlah engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka, dan berjaga-jagalah supaya mereka tidak memesongkanmu dari sesuatu hukum yang telah diturunkan oleh Allah kepadamu."

Maka, apakah sistem politik yang ideal? Yang tetapi bukan sekadar idealisme tapi mampu direalisasikan kedalam kehidupan yang sebenar?

Kerajaan atau tampuk pimpinan sesebuah negara adalah elemen terpenting kepada sistem politk sesebuah negara. Biarpun sesebuah negara itu dipimpin dengan sistem yang berbeza-beza baik autokrasi, demokrasi, atau diktator, andai terjalin kesefahaman dan pimpinan yang bertunjangkan rasa tanggungjawab, maka akan harmoni lah pemerintahan sesebuah negara.

Asas-asas kepada kerajaan sesebuah negara yang harmoni dalam membina dasar kekuatan negara tertunjang pada tiga aspek:

1. TANGGUNGJAWAB PEMERINTAH




Pemerintah adalah pemimpin yang dipilih oleh rakyat dan dipertanggujawabkan untuk menghalatujukan masa depan negara dengan lebih baik. Pemimpin boleh jadi merupakan satu atau sekumpulan orang yang dipilih untuk memimpin rakyat. Realitinya mereka ini adalah khadam dan orang suruhan kepada rakyat.

Darsawarsa ini, sangat kurang pemimpin dunia yang menyedari hakikat ini untuk merasakan rendah diri terhadap beban yang dipikul di pundak mereka, bahkan ramai pemimpin zaman sekarang berebut untuk menjadikan penglibatan dalam politik sebagai batu loncatan untuk memperkaya diri.



Tetapi, pemimpin-pemimpin bertanggungjawab dan sedia memikul amanah berkhidmat kepada rakyat masih ramai dan satu perkara yang pasti mereka akan memimpin dunia dengan harmoni dan sejahtera.

Sejarah telah melakarkan pemimpin-pemimpin hebat sebenarnya sangat merendah diri dan berwibawa dalam memikul amanah dan tanggungjawab.

Sebagai contoh, Abu Bakar r.a. ketika ditabalkan sebagai pemimpin umat islam (baca:khalifah) dan berucap di hadapan rakyat;

"Wahai sekalian manusia, dahulu saya bekerja untuk keluarga saya dan mencari makan minum mereka tetapi sekarang saya bekerja untuk kamu maka tetapkanlah bahagian sayan daripada perbendaharaan kamu"

2. PERPADUAN RAKYAT

Kesatuan dan perpaduan rakyat adalah satu elemen penting dalam mewujudkan negara yang aman dan politik yang seimbang.

Kesatuan antara rakyat bukanlah satu perkara yang mudah dicapai terutamanya di negara Malaysia yang berbilang bangsa dan agama. Perbezaan seringkali diketengahkan dan dijadikan isu-isu yang membawa kepada pepecahan rakyat.

Sistem politik yang adil dan ideal mampu mewujudkan kesatuan rakyat. Biarpun berjuta titik perbezaan yang wujud, andai ada walaupun satu titik persamaan, nescaya perpaduan mampu diwujudkan.

Perbezaan pendapat dan pendirian tidak sepatutnya menimbulkan ketegangan atau permusuhan selagi mana budaya nasihat-menasihati kearah kebaikan. Perbezaan itu harus diraikan dan dihormati kerana ia satu lambang kebudayaan dan keunikan yang tidak semua negara miliki. Ia harus dijaga dan dikekalkan.

3. MENGHORMATI ASPIRASI RAKYAT

Salah satu tanggungjawab sebagai rakyat yang ramai antara kita sering abaikan adalah mengawasi dan membantu pemimpin kita menjalankan pemerintahan yang adil dan saksama. Adil itu bukanlah sama rata tetapi meletakkan sesuatu pada tempatnya. Sebagai rakyat juga kita harus memberikan pandangan kepada pemimpin agar pimpinan mampu menambahbaikkan keadaan negara.

Umar Al-Khattab juga pernah berkata;

"Sesiapa yang melihat ada kepincangan pada diri saya perbetulkanlah saya"

Memetik pesanan kata-kata Tun Dr. Mahathir Mohamad dalam Perhimpunan Agung UMNO 2014 baru-baru ini;

"Ingin saya tekan akan pentingnya menegur pemimpin. 

Tunku, Tun Razak, Tun Hussein bukan sahaja ditegur bahkan dicabar. Saya diserang dan hampir kalah dalam pertandingan. 

Tanpa teguran pemimpin akan percaya segala yang dilakukan olehnya betul belaka. 

Tetapi sebenarnya ada yang dilakukan olehnya salah dan tidak baik."


Hubungan dua hala antara rakyat dan pemimpin ini sangat penting untuk dilaksanakan. Paling penting sekali setiap dari kita biarpun pemimpin atau rakyat, kita mestilah mempunyai kesatuan dalam aspirasi iaitu membawa kepada pembinaan negara yang maju dari aspek intelek, idealisme, minda, fizikal dan teknologi.



KONKLUSI

Sistem politik yang ideal dan realistik tidak hanya mementingkan struktur dan sistem pemerintahan yang diaplikasikan. Biarpun sistem nya adalah demokratik, autokratik bahkan diktator, andai tampuk pimpinan dan rakyat mampu bekerjasama berlandaskan niat dan matlamat yang baik atas dasar tanggungjawab dan amanah, sinergi pasti dapat dibina serta sebuah negara ideal pasti mampu dihasilkan. Inilah yang dikatakan "kematangan politik" atau "pendidikan patriotik". Medan kata-kata tak sama dengan medan perbuatan dan realiti. Bak kata-kata cendekiawan hebat;

"Teks sahaja tidak akn mampu membangkitkan sebuah bangsa. Tidak ubah seperti undang-undang kerana undang-undang tidak akan berguna jika tidak dilaksanakan oleh hakim yang adil dan bersih"

Sekian. Peace No War!

Bahan rujukan utama : Kumpulan Risalah ISHAB





Thursday, January 8, 2015

PASCA KOMSIS'15. #2 : Hamasah Bukan Sekadar Retorik




Bismillahirahmanirrahim.

PASCA KOMSIS'15. #2

Salam kasih dan cinta buat para alumni KOMSIS'15. Kalian adalah manusia2 pilihan Allah diberi peluang menghadiri dan bertemu secara lansung di Konvensyen Mahasiswa Serussia 2015.

Program yang julung2 kali diadakan membawa satu gagasan besar yang bukanlah diharapkan kekal sebagai retorik semasa, tetapi meninggalkan satu beban kerja yang sangat besar untuk merealisasikan segala bentuk kesedaran yang disampaikan oleh 3 penceramah tercinta yang 2 didatangkan khas dari bumi tanah air tercinta.

RETORIK. Apakah itu retorik? or siapa? ;P

Apabila berakhirnya KOMSIS, kita dapat lihat majority daripada alumni KOMSIS'15 keluar dengan satu semangat dan kesedaran yang amat tinggi bahawasanya "Mahasiswa Tunjang Aspirasi Negara".

Kedengaran dialog2 :

"Kita kena bertindak dan berbuat sesuatu"

"Resolusi KOMSIS mesti dihidupkan!"

"Saya nak mahir dengan kesemua 5 paksi ini!"

Sejujurnya, saya sungguh kagum mendengar hamasah yang dizahirkan melalui dialog2 yang sebegitu rupa, namun ada kerisauan dihati andainya gagasan yang disampaikan ini hanyalah gagasan retorik.

Kesedaran dan semangat yang dialirkan bukan sekadar terhenti tatkala berakhirnya KOMSIS'15,
 bukan jua apabila kita melambai kasih berpisah dengan sahabat handai,
 bukan juga berakhir apabila sudah berada di tangan kita segenggam ijazah yang menjadi idaman para mahasiswa mahasiswi.
TETAPI, gagasan ini berterusan hingga ke nafas yang terakhir.
Gagasan ini menuntut komitmen, usaha yang sangat tinggi dan berterusan.

Para penceramah kita jelas menunjukkan teladan yang baik bagaimana mereka menghidupkan kesedaran dan hamasah serta dialirkan sebaiknya untuk menyumbang kepada pembangunan negara.

Bagaimana pula dengan kita? Adakah tinggal sekadar retorik? Adakah tinggal sekadar kenangan yang pernah menggugah jiwa? Adakah tinggal sekadar gambar yang pernah mendapat banyak kesukaan (baca: like) di mukabuku?



TIDAK! dan jangan biarkan kita jadi begitu!

Jadi BAGAIMANA?

Maka, disini saya ingin kongsikan beberapa tips dan langkah-langkah di mana hendak bermula agar hamasah yang tinggi dan kesedaran yang sudah melambung di dada tidak akn luput hanya kerana kita tidak tahu (baca:blur) di mana sepatutnya kita mulakan.

1. KNOW WHY YOU ARE INTO THIS.

Pertama sekali, kita mestilah jelas dengan matlamat dan cita-cita kita mengapakah kita buat apakah yang kita buat.

Untuk sahabat muslim muslimat, Allah telah mensyariatkan segala amal itu diterima apabila ia beserta niat dan tidak berlanggar dgn syarak.



Niat dan tujuan kita haruslah selari dan bebas daripada ikutan semasa (baca:trend) supaya kita faham apa yang sedang kita lakukan dan kita mampu bertahan lebih lama. Juga disaat kita kecundang dan hampir putus asa, kita akan mampu mengingatkan diri kita akn cita-cita dan impian yang besar.

2. KNOW YOURSELF AND YOUR INTEREST.

 Ramai yang tertanya-tanya, di mana hendak bermula. sebagai langkah pemula, saya berpendapat setiap dari kita mestilah mengenali diri kita sebaiknya. Kenali potensi-potensi diri, minat dan kecenderungan kita. Dan dari situ lah kita boleh memulakan dan merancang sebaiknya.

3. START WITH THE VERY LEAST 

Hamasah yang tinggi kadang kala boleh menjadi penat andai terlalu srazu dan mengejut dalam membawa perubahan diri terutamanya perubahan ilmu dan pemikiran. Maka, ayuhlah bermula dengan fasa dan kelajuan yang optimum dan mampu utk konsisten. 

Bak kata seorang cendekiawan, dengan nafas yang perlahan, kita mungkin boleh bertahan dengan lebih lama.
 
4. PLAN YOUR ACTION!

"A goal without plan is just a wish".
Jikalau cita-cita dan matlamat tidak dirancang sebaiknya, maka jadilah kita seperti Mat Jenin, yang hanya mampu berangan.

Rancanglah bagaimana hendak menjadi seorang yg celik dalam lima paksi gagasan KOMSIS'15.
Sebagai contoh,
- amalan (baca:habit) pembacaan mingguan, satu artikel di hujung minggu setiap pagi selepas sarapan.
- bulan januari - tahu makna ekonomi dan bidang-bidang makro dan mikroekonomi.
- bulan febuari - tahu dasar pelaksanaan ekonomi negara
*perancangan haruslah mengikut kemampuan masing-masing.

Sir  Winston Churchill pernah berkata:
"He who fails to plan is planning to fail"

Maka, rancanglah sebaiknya supaya impian dan cita tidak hanya tinggal mimpi dan ideologi.

5. BE STRONG AND STAY CONSISTENT!

This is the most difficult part. To stay consistent.
Untuk ini, kita perlu kan sokongan-sokongan luar daripada sahabat handai, bagi yang mengikuti usrah, mintalah peringatan selalu daripada murabbi-murabbiah anda.

Banyakkan membaca akhbar-akhbar dan  isu-isu semasa agar kita senantiasa rasa ingin menyumbang apabila melihatkan masalah-masalah yang berlaku di tanah air tercinta.


Dan yang terakhir dari saya untuk post kali ini, saya mendoakan agar kita semua mampu sentiasa berhamasah tinggi dan sentiasa beraspirasi untuk mendidik diri membentuk generasi muda yang cemerlang, gemilang, terbilang dan mampu menyumbang kepada agama, bangsa, dan negara.

MAHASISWA TUNJANG ASPIRASI NEGARA




Wednesday, January 7, 2015

PASCA KOMSIS'15. #1: Hamasah Asy-Syabab. Hikmah Asy-Syuyukh.

KOMSIS'15 : Mahasiswa Tunjang Aspirasi Negara

Bismillahirahmanirrahim,

PASCA KOMSIS'15.#1

Buat para alumni KOMSIS'15, pasti masih terasa kehangatan KOMSIS'15 yang membakar jiwa dan semangat anak muda. Tambahan pula dengan kedatangan dua penceramah hebat ke bumi russia ini bagai memecahkan segenap salju dan kesejukan yang menyengat hingga ke tulang rusuk.

Mencoret kata-kata Bro Shahrul Aman, Naib Presiden Pertubuhan IKRAM Malaysia ketika sidang forum KOMSIS'15;
Hamasah Asy-Syabab perlu di sertakan dengan Hikmah Asy-Syuyukh.

Soalannya...
Siapakah Hamasah Asy-Syabab itu? Siapakah Hikmah Asy-Syuyukh itu?

Anda..anda..andalah para mahasiswa berjiwa muda kental dan generasi-generasi muda zaman ini, andalah Hamasah Asy-Syabab. Pemuda-pemudi bersemangat tinggi. Tetapi semangat itu perlu ada saluran yang betul dan wajar. Maka disitu lah pentingnya Hikmah Asy-Syuyukh atau dengan bahasa yang lebih mudahnya "kebijaksanaan golongan2 tua".

Memetik kata-kata da'ie yang sangat berhikmah, Mustafa Masyur di dalam tulisan Jalan Dakwah;
Melihat kepada generasi muda ini ibarat melihat bunga yang sedang mekar yang sangat dihargai, disanjungi dan dicintai. Dan kepada mereka, mestilah dikemukakan segala pengalaman-pengalaman supaya mereka bermula di mana kita telah sampai supaya sempurnalah percantuman di antara dua generasi.

Dua generasi, tua dan muda. Generasi pemula dan penyambung. SANGAT MESTI DAN WAJIB ada titik persambungan. Kadang kala kita terlihat generasi muda yang bersemangat dan berkobar-kobar dengan cita-cita dan aspirasi yang sangat tinggi tetapi kerana terlalu mengejarkan capaian matlamat, kita lupa untuk belajar dengan pakcik makcik yang lebih dahulu merasai asam garam pahit manis kehidupan ini.



Titik persambungan itu untuk kita belajar segala kesilapan-kesilapan lalu dan tidak mengulanginya, untuk kita analisa dalam kerangka menjadi inovatif terhadap aspirasi-aspirasi semasa dalam membentuk negara yang rahmah, generasi yang lebih baik dan rakyat berminda kelas pertama pada minda terutamanya.

Buat para sahabat2 yang dicintai kerana Allah sekalian,
Dalam wahyu pertama (the first revealation) yang diturunkan kepada Rasulullah SAW yang tercinta, Allah memilih perkataan iqra'(baca). Dalam jutaan perkataan, di dalam ilmu Allah yang tersangat meluas melebihi tujuh lautan, Allah PILIH PERKATAAN BACA.

Sedar atau tidak, antara masalah terbesar para mahasiswa dewasa ini adalah "malas". Kerana terlalu disogok dengan kesenangan dan nikmatnya hidup di atas bumi ini, kita cenderung menjadi terlalu selesa dan malas. Lupakah kita, masa muda kita adalah antara 5 perkara yang bakal dipertanyakan dan disoal di akhirat kelak?

"Demi masa.  Sesungguhnya manusia dalam kerugian.  
Kecuali orang-orang yang beriman dan membuat kerja-kerja kebaikan.  
Dan saling berpesan kepada kebenaran dan saling berpesan kepada kesabaran."  
 -Surah Al 'Asr-

Maka.....
Tuntutlah ilmu, belajarlah sebanyak mungkin, paksalah diri kita untuk membaca kerana kita harus sedar, tanpa ilmu jahil lah dada, tanpa pengetahuan, rasa cinta kepada Allah itu pun belum mampu memenuhi hati.












Ukhuwah



Hari ini,
Aku terharu melihat
Segunung kasih ikhwah akhawatku,
Tidak dapat ku bayangkan,
Pasti lagi tinggi
Kasih dan cinta Rabbku
Terhadap hamba2Nya

 

Hari ini,
Aku terharu mengenang
ingatan ukhti2 tercinta,
Selembut bayu pandangan mata,
Seputih salju niat di dada,
Seredup kasih air muka,
Ku bygkan
pasti lagi tinggi cinta
Rabb ku terhadap hamba2nya,
Pasti seluas bumi terbentang,
Pasti sebesar galaksi tercipta
Bahkan!
Lebih dari itu.

 

Saban hari,
Aku diajarkan,
Aku dilihatkan,
Aku diceritakan,
Tentang warkah2 dan kalam2
Persaudaraan ukhuwah indah,
Tak pernah ku sangkakan,
Hari ini,
Aku merasainya.

 

Firman Allah jelas,
Bahawa ikatan akidah itu ukhuwah,
Kalam Rasulullah juga jelas,
Bahawa ikatan akidah itu ukhuwah
Kisah sahabat sahabiah juga jelas,
Bahawa ikatan akidah itu ukhuwah.

 

Smpai hari ini,
Hamba Allah yg marhaen ini,
diberi rasa,
Nikmatnya
bagaimana yg dulu dirasai,
para sahabat sahabiah,
melangkah seiring
Rasulullah SAW
menjulang dakwah
berteraskan akidah dan ukhuwah.

 

Nikmat yg dikatakan,
Bertemu dan berpisah
Hanya kerana Allah.
 

Walau bertemu
Hanya sehidup sekali
Sedekad sekali
setahun sekali
Sebulan sekali
Seminggu sekali
Bahkan setiap hari
Namun getaran hati,
Tetap seiring dan sekata.

 

Justeru,
Hari ini ku beriman,
Ya!
Al-ukhuwaah asasul izzah!